Thursday 26 November 2015

RUMAH LELONG KENA CEROBOH


Alkisah semalam "kejekan" 3 biji rumah customer. 3biji 3 kisah. Dan yg paling menarik, rumah ini.. kami tiba di sini, ada beberapa org keluar masuk dan berdiri depan pintu rumah yg sudah terbuka luas. Aku dan org kanan aku sudah sedia dgn segala dokumen dan peralatan yg perlu. Aku tgk rumah sudah penuh dgn barang2 yg sblm ini tidak berada dlm rumah tersebut. Pintu grill sudah dipotong dan terkopak. Pintu kayu plak mmg tercabut terus.

REZEKI BERGOLEK. RUMAH LELONG MURAH DAN CANTIK

 
 

Ini rumah pertama yg kami "kejekan" pada hari ahad lepas. Rumah kosong dan dimangga. Grill dan pintu berkunci. Alhamdulillah berjaya juga dipecahkan.

Masuk je dalam... subhanallah! Cat masih cantik,lampu kipas cantik seakan baru dipasang, kabinet dapur juga masih elok, rumah tidak bersepah dan tiada "gift". Cuma tinggal untuk dibersihkan! Allahuakbar...

RUNDINGAN KOSONGKAN UNIT DGN PENGHUNI RUMAH LELONG


Rumah ini customer kami dapat dgn harga bida RM25K. Berpenghuni, sebuah keluarga india - ibu,anak lelaki dan anak perempuan yg kedua2nya baru tamat skolah. Ayah mereka menghilang entah ke mana.

Wednesday 25 November 2015

Perbezaan Master, Strata dan Individual Title

Master Title : Developer is the land holder
Sebelum wujudnya strata/individual title ini, developer merupakan pemilik tanah  dalam Master title. Developer berhak ke atas sebarang transaksi ke atas tanah tersebut. Selepas unit dijual, developer akan membuat permohonan untuk pertukaran hak milik tanah. Setiap unit mempunyai "Pemilik Tanah" yang berbeza mengikut owner kepada unit tersebut. Mengikut undang2, developer hendaklah memindah milik ownership tanah kepada owner rumah dalam masa 6bulan selepas CF approved.

Strata Title : Separate lease issued to owner of sub-divided property
Strata title hanya berlaku pada sub-divided property seperti condominium, apartment, flat, townhouse etc.. Ia dipanggil strata title apabila terdapat beberapa rumah di atas tanah yang sama tetapi pemilikan berbeza.

Tuesday 24 November 2015

PreCheck and site visit itu penting!

"As is where is basis"...rumah lelong ni kte kne trima seadanya...rosak2 or bersepah tu benda biasa..klu perfect tu bonus...tp klu rumah dh mcm reban ayam, kne pike 10 kali gak laa nk beli..hahaha

Menang Lelong!!

Smlm baru jumpa anak, arini org kanan akak dah paksa bid lelong dik oiii.. tak kasi chance org nak fefeeling langsung haha! Alkisahnya lelong dua tempat berbeza waktu yg sama. So akak pun bawak la runner pelatih sorg. Bukan org lain pun..org kiri akak je hehehe..

Akak kalau turun lelong terus sapu RP dik haha.. (xdelah..ckp kosong je ni)
Alhamdulillah menang reserve RM30K. Single bidder. Tahniah kak Juwita Haron!! Rezeki Allah sme tu. Kalau bukan rezeki kita, presiden obama ...tolong bid pun belum tentu menang dik..

Tahniah jugak pada customer belah sana yg org kanan akak bidkan. Orangnya di Bahrain. Keje sana. Terima kasih kerana percayakan kami untuk bid. Reserve RM68K, menang RM92K. First time masuk lelong terus menang sebiji. Alhamdulillah..

Untuk dapatkan daily and instant update auction listing atau unit2 terpilih yg mungkin boleh menjadi milik anda, jemput ke page kami www.facebook.com/mnpropertymanagement


 

Saturday 14 November 2015

Yaa Allah manusia ramai gila dtg mega auction arini...abe dtg tgok crowd pon dh tau harapan tipis...6 biji masuk, 1 called off 5 kalah...hahahaa...
Xpe, lain kali cuba lg...tuk customer2 abe tu, rileks tenang...bnyak lg rumah lain ada..kalah arini bkn bermakna kalah selama2nya...hahaha
Ada sbijik yg client abe masuk tu, RP 320k, naik sampai RM502k...68 org bidder...pecohh palo!!! Kpd zul pasir mas, cuba lg next time ye...mmeeoowwww;)

Friday 13 November 2015

Cara Pengiraan Debt Service Ratio (DSR)

Apa itu DSR?

DSR ialah antara elemen terpenting untuk menentukan sama ada loan boleh lulus atau tidak. Ada juga factor lain yang menentukan kelulusan loan ini namun kali ini saya nak fokuskan pada DSR.

Debt Service Ratio :
(Komitmen seperti di CCRIS + deduction existing loan on payslip + new instalment / Net Income) x 100%

Wednesday 11 November 2015

Tips Pelaburan Hartanah

Alhamdulillah rezeki Allah..pada usia 32tahun, saya dan suami memiliki aset bernilai hampir 2juta. Namun kami sedar, apa yang kami miliki semuanya adalah milik Allah swt. Tiada apa pun yang menjadi hak mutlak kami. Ada pelabur hartanah yang memiliki aset puluhan, ratusan atau jauh lebih banyak dari angka ini. Alhamdulillah, rezeki mereka. Kenapa kita perlu kepada kesenangan dan kejayaan? Sebagai orang Islam, kita inginkan kejayaan dan kesenangan bukanlah semata2 untuk memiliki harta dan keseronokan. Sebaliknya kita berjuang dengan segala kemahiran dan ilmu dalam sesuatu bidang untuk mencipta kemewahan adalah supaya kita lebih banyak dapat membantu, bersedekah, memberi dan berkongsi rezeki dengan saudara Islam kita yang lebih memerlukan. Jika tidak kita, siapa lagi?

Sunday 8 November 2015

Pengurusan Rumah Lelong Pelanggan Kami

Sebelum kami memulakan perniagaan hartanah sendiri, kami juga membida rumah melalui ejen dgn tujuan segala urusan menjadi mudah. Namun sebaliknya yg berlaku. Jadi timbul tanda tanya.. utk apakah bayaran yg kami berikan pada mereka?? Hanya sekadar utk mengangkat kad bidding?? Kami buat sdiri bank draft, prepare sdiri salinan ic,setelah menang kami ditinggalkan berurusan sdiri dgn lawyer,nego sdiri dgn penghuni unit,pecahkan sdiri mangga unit.Lebih "memanaskan" lg keadaan apabi...la maklumat dan guide yg diberikan adalah SALAH! Maka berlaku masalah dalam proses pindah milik. Proses yg sepatutnya mudah menjadi kompleks. Tapi mereka sudah diam seribu bahasa bersama bayaran yg kami berikan.

Friday 6 November 2015

Our 9th Property : Tiara Parkhomes Condominium



Our 9th property to be iAllah..
Tiara Parkhomes Condominium
Skali skala hunting for high-end..
Rental market kat sini pun agak ok skang ni. Dalam RM1300-RM1800 sebulan. Year 2017 siap MRT, 10mins drive from here. Then siap lg water themepark kat bangi, around 20mins from here, lebih boost value nnt.

 
Ini rumah ke 2 dan hartanah ke 3 yg harga ratusan ribu kami beli. Hartanah pertama adalah rumah pertama kami; double storey terrace di Gombak berdekatan UIA.

Thursday 5 November 2015

Still working!! Persiapan untuk bid rumah client


Still working!!! last preparation n checking client document for auction tomorrow...hahahaa..bnyak ari dh x g auction ni rindu plak rasa...hehhe..nk beli rumah lelong bkn nya benda mudah...nampak mudah, tp kne ade preparation yg btol gak bru senang nti..
ni aku nk share skit klu korang nk bli rumah lelong, biase aku cite kt client je, tp mlm ni aku share je laa, malas dh nk terang lain kli...hhaha...

Kenapa pilih hartanah?

 
 

Sempat buat keje2 mengkaji dan menyelidik hartanah sblm bercuti!hehe..
Dok sibuk2 uruskan customer nak bid property ni ada jugak menyelit kat celah2 tiba2 dtg tya "kak, hartanah dan emas,mana lebih menguntungkan dan sesuai utk sy?".. "kak, apa beza pelaburan hartanah dan unit trust?mana lebih baik?"..... toing!toing!toing!
Maaf la dik.. akak main hartanah je.. lain hal akak x campo. Klu tya hartanah akak bleh la jwb. Lain2 tu adik pegi tya org yg buat benda tu la ye.. kalau tya perbandingan perbezaan pun akak xleh nak jawab.sb akak bkn pengkaji dan penyelidik pelaburan emas atau unit trust..akak buat hartanah je.huhuhu..

"Nape akak pilih hartanah?" .. toing!toing!toing!

Wednesday 4 November 2015

KAVEAT : Apa yang perlu anda tahu


Ada berapa jenis kaveat?

 Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) – Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)
Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut atau kadangkala dimasukkan untuk tujuan siasatan rasmi cthnya polis, LHDN, dsbnya ke atas hartanah tersebut.

Tuesday 3 November 2015

Open Files

Settle! Clients punya dokumen yg ada sme dah masuk file. Nak jumpa lawyer nnt kami serahkan file masing2 ya.

Alhamdulillah..


HATI-HATI PENIPUAN HARTANAH!

2 hari lepas sy dihubungi seorang kenalan(wpun x pernah bersua muka tp kami dlm 1 badan NGO yg sama) dr sebuah negeri di utara tanah air. Kali pertama nak beli rumah. Sebuah unit banglo yg dilelong. Unit ini sudah beberapa kali dilelong tp masih belum ada yg membida.

Adik ni nak membida melalui ejen tp ejennya tidak menguruskan preparation sblm masuk auction. So segala urusan pre-check dan bank draft harus dibuat sdiri.Dia cl dan mintak bantuan sy. Sygnya kami

Beli Tanah Kena Bijak

Homework..homework..homework..



 Nak bid/beli tanah perlu lebih hati2 berbanding rumah. Sebab lebih tricky.. banyak "homework" and "investigation" kena buat..huhu..
Silap langkah,beli saja tapi hanya mampu hadap je tanah tu..nauzubillah..
...
Antara yg kena semak dan pastikan betul2 :

Kalah bid tanah!

Hari ini kita kalah.. tp kalah kita bermaruah hahaha.. RP 18K , kalah dengan RM66K! Bape kali ganda naik tu..haha!

Agriculture land 2.5ekar,pulau besar,tumpat, kelantan. Penuh pokok kelapa. Kelapa bese dipungut sekali setiap 2bln. Hasil dr kelapa tu saje dlm RM3000. Tanah freehold. Malay reserve. Tiada sekatan. Tiada syarat. Ada jalan masuk, api air dan saliran cantik.
I
Allah rezeki orang lain. Alhamdulillah ada pengalaman masuk court. Wpun x berada di kandang "pesalah" tp perasaan dok dlm tu dah mcm pesalah hahahahha!! Allahurabbi..

 
 

Pasca Lelong : Servis Kami!!

Ada yg tertanya2 macam mana nak uruskan unit setelah menang??
Ada 2 peringkat.
1 - Proses pindah milik & permohonan loan
2 - Cuci, baiki dan cantikkan unit


Kami mempunyai lawyer dan banker sendiri yg boleh menguruskan proses pindah milik

Listings KL Selangor 04.11.2015

Listings KL Selangor 04.11.2015

PANAS!! PANAS!!
Berebut orang beli hartanah lelong skang ni. Lebih jimat, lebih menguntungkan.
Terma dan syarat macam biasa ya dik,
Sape cepat dia dapat!

Saturday 31 October 2015

Listing KL Selangor 30.10.2015

Updated list for auction property @KL & Selangor!!
Any queries or booking :
Whatsapp/Call : 013-3840044 (Adlina)
Skype : MNProperty
Email : mnproperty2015@gmail.com    


Thursday 29 October 2015

Listings Kelantan 29.10.2015

Salam Olls!!!

Here is the updated listing for auction property in Kelantan.
Pilih2.. rumah cantik2 pun ada tu. Kawasan hot!
Cepat sebelum terlambat!!


Sunday 18 October 2015

Menang Lelong!!!

ALHAMDULILLAH!!!!!
WE WON THESE 2 UNITS!!!
ONE WON AT RM7K, ANOTHER AT RM25K!!
CAN YOU BELIEVE IT?!! OH ALLAH.. THANK YOU ALLAH!! ALHAMDULILLAH...

Bukan milik kami. Kami cuma membida dan menguruskan untuk mereka. Tapi bila menang, perasaan di hati seolah2 rumah itu milik kami. Customer kami berharap dan berdoa, begitu juga kami. Kemenangan mereka kegembiraan kami. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
P/s : sape nak bagi rumah harga RM7K,RM25K skang ni beb..
 

Rumah Lelong : "Lubuk Emas" Yang Tertimbus

Beli rumah lelong tak semua indah2 belaka. Mostly yg lunyai,rosak,berlumut,buruk,kotor dan mcm2 lg. Mgkin posting sy sblm ni asyik nampak rumah yg dah dicat dan dikemas cantik je kan? Tahukah anda keadaan asal sblm menang bida??hehee...

Lihat gambar2 di bawah.. pada pandangan mata orang ramai, rumah tersebut adalah "sampah" yg tak bernilai. Tunggu masa nak dilupuskan. Tapi pada pandangan sy(dan sy percaya pandangan pemain property juga sama), ia adalah "lubuk emas" yg tertimbus.

Friday 16 October 2015

Officially...MN Property Management


Syukur alhamdulillah.. secara rasminya kami tubuhkan sebuah syarikat pengurusan hartanah sendiri. InshaAllah berbekalkan pengalaman menguruskan sendiri pembelian hartanah lelong,renovation rumah dan pecah lot tanah, kami bersedia memasuki pasaran dgn menawarkan perkhidmatan2 :
1. Bidaan hartanah (rumah dan tanah)
2. Pembaikan dan pengubahsuaian rumah lelong yg berjaya dibida
3. Urusan pecah lot tanah dengan pembiayaan pecah lot disediakan.
...
Kami mengalu2kan sesiapa shj yg ingin menggunakan khidmat kami dalam membida rumah atau tanah lelong, mencuci,mencantik, mengecat,memasang tile,wiring installation, install meter api air utk rumah dan urusan pecah lot tanah dengan pembiayaan kos pecah lot disediakan sepenuhnya. IAllah kami sedia membantu.
Semoga Allah memudahkan setiap urusan, meneguhkan hati2 kami dengan keimanan dan memberi petunjuk kepada kami dalam melaksanakan setiap amanah dalam perniagaan ini dengan penuh jujur dan tekun..ameen..
بسم الله الرحمن الرحيم....

Our 5th Property : Teratai Apartment

 


Our 5th property.. renovation and cleaning in progress. IAllah akan disewakan bulan sept. RM400/mth. Teratai Apartment, Bukit Beruntung,Rawang.

Beginilah rutin setiap kali selepas kami berjaya membida sesebuah rumah. Mmg rumah lelong percentage amat tipis utk dpt rumah cantik ibarat selepas menerima kunci rumah dari developer. Selalunya rumah dah "berkarat",penuh sampah,terbiar dan kotor. Kalau bernasib baik,meter api air masih ada dan wiringnya pun ok.

Bidding : Bid 2 unit apartments

Alhamdulillah.. dalam proses menguruskan bidaan dan pembelian rumah utk 2 orang saudara sy. IAllah akan kami atur strategy terbaik. Sama2 doakan. Jika ada rezeki, unit ini akan menjadi milik mereka.



Our 2nd Property : Ruvenna Villa Apartment



Our 2nd property. Bought earlier than the one i posted 2days ago; 2009. RM29K. Ruvenna Villa Apartment, Putra Perdana,Puchong. 10mins to cyber/putrajaya. 20mins to KL using MEX. 10mins to Tesco and AEON. 15-20mins to IOI Mall. Current sale market price RM140K. Rental fee RM650-RM900. Current auction starts at RM85K.

#Sharing Property#1



Salam, ni aku nk tunjuk kt kwn2 aku yg x pernah pg tempat lelong...korang pernah tgok kan drama melayu yg harta kena lelong..kt situ bleh tgok org angkat kad number n bid harga, pastu ade sorang pelelong yg akan ketuk tukul kayu klu property terjual...best dapat masuk dewan lelong ni..hahah...mcm tu laa keadaan kt tempat lelong...klu nk rasa pengalaman baru, bleh follow aku klu nk tgok ngn mata sniri proses lelong dilakukan...hahaha