Wednesday 3 February 2016

Anggaran Market Value Low Cost Unit

Fuhh! Fuhh! Tiup habuk dulu ya.. lama dah x bukak blog. Habuk penuh! hahahaha!!

Bulan lepas ada yg riki2 sy untuk bid sebuah unit low cost di kawasan yg agak bagus. Market valuenya sekitar 100K-110K. Lelong pada harga 6+K. Sy lupa exact harga berapa. Beberapa hari sebelum lelong, dia x jadi nak bid tapi dia ikut pegi dewan auction untuk lihat berapa unit tu terjual.

Makk aihhhh! Hampir mencecah harga market!
Dia whatsapp sy. Katanya nasib baik dia x jadi bid rumah tu. Org bid sampai dah nak cecah harga market. Tinggi sgt tu.. rugi la.

Sebenarnya untuk unit low cost, anggaran profit untuk market value seharusnya dibuat bagi tempoh 5thn akan datang. Kenapa?

Semua syarat2 pembelian unit low cost TERBATAL bagi hartanah yg dilelong. Namun, sekiranya berjaya dibida, sebarang urusan transaksi ke atas unit tersebut mengambil kira semula kesemua syarat2 pembelian unit low cost. Antara syarat unit low cost ini adalah; TIDAK BOLEH dijual untuk tempoh 5 TAHUN. Bermakna, sekiranya kita berjaya membida unit low cost, tempoh utk kita jual balik adalah selepas 5thn. Maka sebab itu sy katakan bahawa anggaran untuk market value bg sebuah unit low cost seharusnya dibuat bagi tempoh 5 thn akan datang.. Selepas 5thn tentulah harganya sudah naik dan tak mustahil sudah melepasi 2kali ganda sekiranya terdapat fasiliti2 tertentu tumbuh disekitarnya.

Andaikata selepas daripada tempoh 5thn tersebut kita hendak menjual unit low cost ini, semua syarat2 jual beli unit low cost akan digunapakai semula. Bermakna kita kena ikutlah syarat2 pemilikan unit low cost ni termasuklah syarat household income prospect buyer dan sebagainya.
Tu je.. huhu..

Oklah, sampai sini dulu info sharing unit low cost. Daaaaa~! :)

No comments:

Post a Comment