Thursday 11 February 2016

Ranjau Orang Bisnes : Hati Mesti Kental!

Dalam posting sy berkenaan isu site visit awal minggu ini, ada terpalit sedikit pertikaian. Ada yg menyokong dan memahami. Tapi ada juga yg mengkritik. Tak mengapa, kritikan dan persoalan itu penting juga bg sesebuah perniagaan terutama untuk memantapkan lagi perkhidmatan atau pun produk. Cuma bila terlebih emosi, maka keluarlah serangan2 yg tak sepatutnya yg lebih bersifat peribadi. Bertubi2 dipersoalkan.. sy hanya menjawab dan menerangkan memandangkan ia berkaitan perniagaan kami. Isu berkenaan bayaran site visit, sy jawab. Isu berkenaan deposit 10% dr max bid, sy jawab. Kemudian keluarlah tujahan2 spt desperate, sombong, emotional.. tak mengapalah. Itu mungkin interpretasi individu apabila membaca jawapan dan penerangan yg sy berikan. Mungkin banyak lagi kelemahan yg sy perlu baiki dalam menjawab setiap persoalan yg diajukan. Sy anggap itu sebahagian dr rencah dalam dunia perniagaan.

Sudah hampir 6thn sy terlibat dalam perniagaan. Sejak zaman bekerja sbg SAP Consultant lg. Sibuk dgn tugas di pejabat, tapi kerana minat mendalam dlm perniagaan, sy buat secara sampingan. Bermacam jenis dan ragam manusia yg sy jumpa dan campuri. Dari peringkat CEO, top management, executives, warga pendidik, warga professional, pelajar, sehinggalah sukarelawan, pekerja bawahan, penjaja, peruncit, pemborong,cleaner dan sbgnya. Ini semua adalah pengalaman berharga yg membantu sy untuk lebih memahami personality dan hati budi setiap individu yg sy temui. Jika kita ikhlas menegur, bukan ruangan "comment" yg menjadi pilihan. Sebaliknya PM atau whatsapp personally sudah memadai. Melainkan kita memang mempunyai niat lain.

Sy manusia biasa. Tak terlepas dr buat silap. Cuma ambillah sebagai panduan untuk mendidik anak2 generasi pewaris nnt supaya jgn ikut perangai desperate, sombong dan emotional yg mungkin ada pada sy spt yg dikatakan. Didik mereka jgn jd desperate mcm sy sehingga apabila sudah berada pada zon selesa di kerusi empuk berhawa dingin dgn income bulanan sudah melebihi gaji akhir seorang penolong kanan sekolah, terbang ke serata alam tanpa bayar tiket, menghadiri function2 dinner2 high class, minyak,parking,tol sme ditanggung, tapi sy memilih untuk quit dan menjaga anak2 di rumah setelah diizinkan suami. Didiklah anak2 anda jgn jadi sombong mcm sy sehingga apabila ditawarkan dengan gaji RM15K sebulan, sy tetap memilih “bekerja” di rumah menguruskan anak2 dan rumahtangga.

Jika anak anda cenderung untuk berniaga, didiklah mereka supaya jgn jadi peniaga yg desperate dan sombong spt sy sehingga setiap kali bisnes tgh meningkat, sy lepaskan jika menyebabkan kepentingan anak2 dan suami sedikit terabai. Sy pernah buat bisnes printing, FB page “Souvenir Printing Works”, mencecah lebih 4000 likes, mempunyai kontrak printing dgn beberapa syarikat, sekolah dan pertubuhan NGO terkenal antaranya AAM, Aqsa Syarif, San Francisco Coffee, Dyson,SMK Subang Jaya,SMK USJ 12, Petronas JVM. Bila turn over mencecah belasan ribu sebulan, sy lepaskan kerana kekangan masa. Kemudian sy buat bisnes tudung, FB page “Zafira..Gaya Muslimah”, mencecah lebih 29000 likes, mempunyai ejen dan pemborong tetap serta hampir2 membuka butik di Bangi. Bila purata income sudah melebihi RM2000 sehari, sekali lagi sy lepaskan kerana memilih untuk mengikut suami yg ditugaskan dan bermastautin di Sudan. Kembali ke tanah air, sy mulakan pula bisnes property. Didiklah anak2 supaya jgn jadi desperate spt sy sehingga wpun memiliki 9 aset dan boleh terus menyimpan ilmu serta menambah koleksi untuk diri sendiri, sy memilih untuk berkongsi dan membantu org lain memiliki asset juga. Wpun sy boleh memilih untuk hanya membida lelong, tp sy memilih untuk membantu sehingga selesai dan DOA sudah di genggaman client tanpa sebarang yuran consultation.

Didiklah mereka spy jgn emotional spt sy sehingga apabila ditipu dan kerugian ribuan ringgit, sy tidak pernah membuat police report atau mem”viral”kan kes. Sy cuma teruskan langkah bersandarkan kepercayaan bhw setiap rezeki manusia sudah pun ditetapkan. Sy serahkan semuanya pd Allah swt.
Didiklah anak2 juga spy jgn sombong atau emotional spt sy sehingga kesemua asset yg ada sy sewakan dgn harga yg lbh rendah dr rate sewa semasa hanya semata2 kerana mereka mempunyai anak yg ramai dan hanya suami yg bekerja; kerana mereka ikhwah bujang ahli usrah dan menjadikan rumah sy sbg salah satu port usrah mereka; kerana dia adalah sorang suami yg tinggal di KL bersendirian berjauhan dr isteri dan anak2 serta berulang alik antara 2 negeri. Tentunya byk memerlukan duit. Didiklah anak2 spy jgn desperate spt sy sehingga bila berniaga, bukan billionare menjadi target utama tetapi sekadar ingin mempunyai kelebihan untuk memberi pd yg memerlukan.

Ada rakan bertanya resepi berniaga bila pada matanya; setiap perniagaan yg sy buat, semuanya nampak menjadi. Sy tiada resepi. Sy tak rajin membaca. Sy juga tak rajin untuk menghadiri kelas atau kursus. Bila sy nak berniaga, niat sy cuma satu. Untuk memberi. Sy xpernah buat bisnes plan,bisnes structure dan sbgnya. Bila nak mulakan sesuatu perniagaan, sy cuma pull the trigger. Pembelajaran sy terus dari jatuh bangun, onak duri perjalanan perniagaan itu sendiri dan pemerhatian dari usahawan yg berjaya. Jika melihat sesuatu keunikan sehingga ada yg tercetus kontroversi di kalangan nama2 besar dlm bisnes, sy tidak melihat itu sebagai sesuatu yg negative. Sebaliknya pd sy strategi dan marketingnya telah berjaya. Orang kritik, kutuk dan sbgnya sedangkan tanpa sedar org2 itulah sebenarnya antara promoter yg tidak bergaji. Tak mustahil akhirnya dia jugalah yg menjadi pengikut atau pembeli produk.

Pada sy yg kerdil dlm bisnes ni, dunia perniagaan itu luas definisinya escpecially marketing. Setiap usahawan mempunyai definisi mereka sendiri dalam merealisasikan sesuatu strategi pemasaran. Tapi walau apa pun definisinya, setiap yg memahami perniagaan, dia akan terima hakikat betapa dalam bisnes memang memerlukan these ugly keys; “desperate”, “showoff”, “kamikaze”. Kenapa? Bagaimana?

Nantilah citer lain kali.. nak tido dah ni. Kita chit-chat2 la nnt. Ada member soh buat sharing session. Kena bayar pun dia sanggup. Kah Kah Kah!! Tak kuasa aku nak buat talk stakat nak share ilmu x seberapa ni. Ko wassap je la weyy.. ada masa kang aku jawab la. Hahahaha!!
P/S : Panjang giler aku berceloteh. Tak yah baca panjang2 lah. Takde benda sgt pun..hihihihihihihi

No comments:

Post a Comment