Thursday 10 March 2016

Apa itu RPGT

:::RPGT:::

Smlm ber “whatsapp” dgn sorang kenalan lama. Katanya baru nak cuba berjinak2 dgn hartanah. Tersentuh la jugak pasal RPGT. Tetiba pagi ni tergerak hati nak semak berapa current RPGT tax kot2 la aku dok pakai nilai lama lagi haha!
Dan..Ya.. Mendukacitakan..huhu.. Bermula January 2014, RPGT adalah antara 15%-30%!

Ok, apa itu RPGT(Real Property Gain Tax) atau dalam bahasa melayunya CKHT(Cukai Keuntungan Harta Tanah)?

Wednesday 9 March 2016

SOALAN BASIC YANG SELALU ORANG TANYA PASAL RUMAH LELONG

Q: Nak beli rumah lelong boleh?
A: Boleh...sapa2 pon boleh beli

Q: Nak masuk bid rumah lelong ada syarat tak?
A: Ada..sediakan deposit 10%, umur 18 tahun keatas, anda tidak muflis

Q: Kalau ada hanya cukup2 10% deposit harga reserve, boleh masuk bid tak?
A: Boleh, TAPI...tak digalakkan sebab kena kira semua kos yg terlibat seperti, tambahan deposit 10% dari harga menang, lawyer fee, agent fee, kos repair, kos tunggakan...jadi lebih baik sediakan 15-20% cash kalau nak beli rumah lelong

Berbaloi ke bid low cost hampir cecah MV???

"Wahh dah hampir market price dah org tu menang kak. Rugi!"

Haaa..akak x sependapat. Ni apartment low cost. Unit lelong mmg sape2 pun bleh masuk bid wpun low cost. Tp bila dah menang, sme syarat low cost tu digunapakai blk. Means ko x bleh jual dlm tempoh 5thn! So klu org tu betul2 nampak potensi kwsn tu esp dgn laluan lrt baru yg sedang dlm proses pembinaan, y not klu bid sampai nak cecah harga market pun?? Bukannya ko bleh beli harini, bulan depan tahun depan trs jual.huhu..... ko kena buat forecast value utk tempoh 5thn akan dtg. Lrt tu konfem dah siap. Jalan raya of course dinaik taraf. Nilai hartanah plak naik lbh krg 10% every yr. Ko agak berapa value dia lps sme tu dah siap?? Rate sewa saje pun dah berubah dik.

Ada yg kata baik beli subsale je klu dah nak cecah market mcm tu. Baik.. klu tmpt yg agak slow sket naik atau yg bukan hot area, xde hal.. tp klu tempat hot mcm tu.. ko rasa brape kerat yg nak jual dgn harga semasa?? For sure derang up pya.

Alasan??
"Ini mcm pya tempat arr.. mau siap itu lrt maa.. harga mau lain.." itu klu apek nak jual skang.

Tp brape ramai nak jual sblm booster hot tu siap? Klu akak owner pun konpem akak tunggu booster siap baru akak jual. Klu dah siap, harga statik ke dik?? kuikuikui...

#‎ladybossproperty‬
‪#‎jombelirumahlelong‬
‪#‎belisekalinaklagi‬
‪#‎pelaburanhartanah

REFINANCE EPISODE 2

Q&A Refinance

1. Apa itu refinance?
Buat balik loan dgn mencagarkan rumah sedia ada untuk pelbagai tujuan.

2. Biasanya kenapa orang buat refinance?
  3 tujuan utama :
     a. Bayar hutang/buat renovation
     b. Pelaburan hartanah (beli rumah/tanah) – taktik ini biasa digunakan oleh pelabur hartanah  
         bersiri.kikikikiki…
     c. Kurangkan installment/ubah tempoh pembayaran

Monday 7 March 2016

::: REFINANCE EPISODE 1 :::

Semalam diajukan 1 permasalahan oleh seorang hamba Allah. Sy bukan la otai sgt.. tp kalau tya sy, refinance la jawab dia..huhu.. Lupakan dulu apa masalah dia tu.

Apa itu refinance?
Bahasa mudahnya – buat balik loan dgn mencagarkan rumah sedia ada untuk pelbagai tujuan.

Besenya ada 3 tujuan utama org buat refinance :
1. Bayar Hutang/buat renovation
2. Pelaburan hartanah (beli rumah/tanah lain)
3. Kurangkan installment/ubah tempoh pembayaran

Friday 12 February 2016

2 Good News!! Loan Lepas Derrr...

Alhamdulillah sepanjang minggu ni tiap2 hari ada client kami yg berjaya memiliki rumah. Murah xpe, buruk xpe, rosak xpe, asal ada. Arini sonok terlebih sket. Satu; client menang rumah dan itu adalah rumah pertama mereka. Perasaan bila berjaya bid rumah yg merupakan rumah pertama client mmg berbeza sket. Agak bercampo baur. Terharu, gembira, sebak sme ada. Pernah sekali kami bid sebiji rumah untuk sorg client ni. Masa serahkan kontrak rumah tu dia ckp; sepanjang 50thn hayat di...a, ini la rumah pertama yg dia beli guna duit sendiri atas nama sendiri. Tau tak apa akak rasa masa tu dik?? Nak terburai air mata! Maka akak pun membisu dan tersenyum je la jadinya..sebak weyy..hahahaha!!

Yg kedua; permohonan loan client kami diluluskan!!!! Igt tak ini yg special case akak pernah ckp?? Client ni kerja dan tinggal di Bahrain. So urusan loan kami tolong permudahkan. Tugas berat sebenarnya sebab rumah yg dia menang tu masih lagi master title, dah lebih 10thn dan jumlah di bawah 100k. Org kanan akak sebulan dok pikir bagai nak pecah kepala hihihi!! Tanya bank panel lawyer, sme kata x lepas. Sudahnya kami start from zero blk. Cari dan kumpul contact no bankers yg bese uruskan loan rumah lelong. Yg ni kami kena bg kredit pd sifu otai kami; hafiz ejen lelong!! TQ bro! Bankers apiz rimau mmg superb! Alhamdulillah.... grin emoticon grin emoticon Salah seorang bankers yg kami hubungi memberikan harapan yg agak cerah. Hasilnya hari ini, loan sudah lulus daaa.... yeayyy!!! Alhamdulillah.. alhamdulillah..

Thursday 11 February 2016

Auction 21.01.2016

Alhamdulillah...Allah bg rezeki lg tuk customer abe arini...dapat rumah murah..19k je rumah die...tahniah kak ila kajang...sapa cakap dh xde rumah harga murah skrng ni...yg penting kne rajin cari n berusaha...tahniah2... Plissss blanje nasi arab kambing...hahaha... mmeeoowww;))

Ranjau Orang Bisnes : Hati Mesti Kental!

Dalam posting sy berkenaan isu site visit awal minggu ini, ada terpalit sedikit pertikaian. Ada yg menyokong dan memahami. Tapi ada juga yg mengkritik. Tak mengapa, kritikan dan persoalan itu penting juga bg sesebuah perniagaan terutama untuk memantapkan lagi perkhidmatan atau pun produk. Cuma bila terlebih emosi, maka keluarlah serangan2 yg tak sepatutnya yg lebih bersifat peribadi. Bertubi2 dipersoalkan.. sy hanya menjawab dan menerangkan memandangkan ia berkaitan perniagaan kami. Isu berkenaan bayaran site visit, sy jawab. Isu berkenaan deposit 10% dr max bid, sy jawab. Kemudian keluarlah tujahan2 spt desperate, sombong, emotional.. tak mengapalah. Itu mungkin interpretasi individu apabila membaca jawapan dan penerangan yg sy berikan. Mungkin banyak lagi kelemahan yg sy perlu baiki dalam menjawab setiap persoalan yg diajukan. Sy anggap itu sebahagian dr rencah dalam dunia perniagaan.

Auction 20.01.2016

Alhamdulillah...rezeki customer abe dtg lg arini...yg ni mmg btol2 abe jeles...dapat rumah kt puchong ngn harga 66k je...wwaaaa, tahniah2 puan Ruhanizan mak kpd mmber baik abe Muhammad Syazani Lani ...hehee...nti mu nk beli rumah sniri, roger aku lg deh...hehee...
Masuk arini 4 biji tp 3 yg lain kalah...jgn sedih ye abg nazri, abg shukran, n kak aida...insyaallah anda semua dpt rezeki lain nti...amin..hehe.. Seronok dtg auction arini, sume kwn2 abe menang rumah...apis rimau menang, man jrl pon menang...tahniah2... mmeeoooww;))

Auction 19.01.2016

Alhamdulillah...arini customer menang sebijik lg rumah kt kawasan hot n below market...menang ngn harga 96k, market org jual area sana dlm 130k...tahniah kak zura johor...dengar cite rumah tu dh ada penyewa...hehehe...untung laa beli rumah dapat free penyewa...tahniah2...satey kambing sepinggan!!!!hahaha... mmeeeoowww;))
Arini abe bawa mmber abe Ahmaad Fahimm dtg auction...die ckp nk rasa feel auction mcm mane...amacam bro??? Dh pasang angan2 nk beli rumah ngn aku ko???hahaha...;))

Wednesday 3 February 2016

Auction 18.01.2016

Monday auction (18.01.2016)
Bid 3 units; 2 lose 1 win.
Congratulations to our client who won an apartment unit @ Bandar Country Homes. RP25K, WON AT RM39K. CONGRATULATIONS!!

Anggaran Market Value Low Cost Unit

Fuhh! Fuhh! Tiup habuk dulu ya.. lama dah x bukak blog. Habuk penuh! hahahaha!!

Bulan lepas ada yg riki2 sy untuk bid sebuah unit low cost di kawasan yg agak bagus. Market valuenya sekitar 100K-110K. Lelong pada harga 6+K. Sy lupa exact harga berapa. Beberapa hari sebelum lelong, dia x jadi nak bid tapi dia ikut pegi dewan auction untuk lihat berapa unit tu terjual.

Makk aihhhh! Hampir mencecah harga market!
Dia whatsapp sy. Katanya nasib baik dia x jadi bid rumah tu. Org bid sampai dah nak cecah harga market. Tinggi sgt tu.. rugi la.

Sebenarnya untuk unit low cost, anggaran profit untuk market value seharusnya dibuat bagi tempoh 5thn akan datang. Kenapa?

Thursday 26 November 2015

RUMAH LELONG KENA CEROBOH


Alkisah semalam "kejekan" 3 biji rumah customer. 3biji 3 kisah. Dan yg paling menarik, rumah ini.. kami tiba di sini, ada beberapa org keluar masuk dan berdiri depan pintu rumah yg sudah terbuka luas. Aku dan org kanan aku sudah sedia dgn segala dokumen dan peralatan yg perlu. Aku tgk rumah sudah penuh dgn barang2 yg sblm ini tidak berada dlm rumah tersebut. Pintu grill sudah dipotong dan terkopak. Pintu kayu plak mmg tercabut terus.

REZEKI BERGOLEK. RUMAH LELONG MURAH DAN CANTIK

 
 

Ini rumah pertama yg kami "kejekan" pada hari ahad lepas. Rumah kosong dan dimangga. Grill dan pintu berkunci. Alhamdulillah berjaya juga dipecahkan.

Masuk je dalam... subhanallah! Cat masih cantik,lampu kipas cantik seakan baru dipasang, kabinet dapur juga masih elok, rumah tidak bersepah dan tiada "gift". Cuma tinggal untuk dibersihkan! Allahuakbar...

RUNDINGAN KOSONGKAN UNIT DGN PENGHUNI RUMAH LELONG


Rumah ini customer kami dapat dgn harga bida RM25K. Berpenghuni, sebuah keluarga india - ibu,anak lelaki dan anak perempuan yg kedua2nya baru tamat skolah. Ayah mereka menghilang entah ke mana.