Wednesday 9 March 2016

SOALAN BASIC YANG SELALU ORANG TANYA PASAL RUMAH LELONG

Q: Nak beli rumah lelong boleh?
A: Boleh...sapa2 pon boleh beli

Q: Nak masuk bid rumah lelong ada syarat tak?
A: Ada..sediakan deposit 10%, umur 18 tahun keatas, anda tidak muflis

Q: Kalau ada hanya cukup2 10% deposit harga reserve, boleh masuk bid tak?
A: Boleh, TAPI...tak digalakkan sebab kena kira semua kos yg terlibat seperti, tambahan deposit 10% dari harga menang, lawyer fee, agent fee, kos repair, kos tunggakan...jadi lebih baik sediakan 15-20% cash kalau nak beli rumah lelong

Q: Rumah lelong kena bayar cash or boleh loan?
A: Dua2 boleh...cash or loan. Tapi kalau loan kena check property tu dah ada geran strata/individu. Kalau masih geran induk (master) lebih 10 tahun susah sikit untuk dapat loan.

Q: Apa tu geran induk (master title), strata dan individu?
A: geran induk: geran rumah yg belum dipecahkan kepada nama pemilik.
Geran strata: geran yang telah didaftar atas nama pemilik (flat, apartment, condo)
Geran individu: geran yang telah didaftar atas nama pemilik (tanah, rumah atas tanah)

Q: Kalau rumah masih geran induk lebih 10 tahun memang takkan dapat loan ke?
A: Setiap bank berlainan polisi untuk dapatkan loan. Bukan semua bank tak offer loan kalau rumah masih geran induk. Masih ada bank yang boleh offer, tapi tak banyak. Pihak bank juga akan check siapa developer rumah tu. Kalau developer blacklist (in liquidation) memang agak susah nak dapat loan.

Q: Berapa lama tempoh masa untuk bayaran full settlement?
A: 90/120 hari

Q: Boleh minta extend masa?
A: Boleh, untuk lelongan awam (LACA CASE) tapi akan dikenakan penalti. Tak boleh, untuk lelongan mahkamah (TITLE CASE).

Q: Apa akan jadi kalau tak mampu bayar full settlement dalam tempoh masa yang ditetapkan?
A: Deposit 10% akan hangus dan rumah tu akan dilelong semula

Q: Penting ke site visit?
A: Sangat penting...tak boleh tengok dalam, boleh tengok dari luar rumah pon dah ok.

Q: Kat mana nk check tunggakan?
A: Cukai tanah: pejabat tanah
     Cukai pintu: majlis bandaran
     Maintenance: pejabat jmb
     Elektrik: tnb
    Air: syabas
    Pembentungan: indah water

Q: Siapa yang akan bayar tunggakan ni?
A: kalau bank cover, kte boleh claim semula ngn bank lepas pembayaran dibuat. Lain bank, lain jumlah tunggakan yang di cover. Kalau bank tak cover, tunggakan tu akan jadi tanggungjawab kita sebagai pembeli dan pemilik baru rumah tu.

Q: Kalau mahu masuk bid, kena datang juga ke masa lelongan tu?
A: Terpulang..nak datang boleh, taknak datang pon takpe. Boleh wakilkan kepada ejen anda. Tapi kalau lelongan di mahkamah tinggi, anda mesti hadir bersama.

Q: Apa risiko rumah lelong?
A: Semua pelaburan ada risiko, tapi risiko rumah lelong ialah deposit akan hangus kalau tak mampu bayar full setlement dalam tempoh yang ditetapkan, kena terima keadaan rumah seadanya, kena tanggung tunggakan utility yang ditinggalkan owner lama kalau bank tak cover. Berhadapan dengan penghuni rumah jika rumah tu ada penghuni (owner/penyewa).

Q: Apa kelebihan beli rumah lelong?
A: Harga sangat murah, 30-50% below market value (harga tak masuk akal). Urusan jual beli sangat mudah sebab tak perlu berunding dgn owner. Kalau ada rezeki, beli rumah dapat free gift. Jika bernasib baik, dapat rumah baru atau rumah yang tak pernah ada penghuni (rumah dara). Kalau bernasib baik, beli rumah yang sudah ada penyewa (rezeki dari langit). Sesuai untuk pelaburan.

Q: Apa komen anda jika mahu beli rumah lelong?
A: Setiap orang lain pandangan, objektif, dan visi. Kalau nak tau rasa macam mana nikmat beli rumah lelong, cuba dulu sekali. Sekali dah berjaya, mesti akan ketagih nak beli rumah lagi. Beli rumah lelong ni "berhantu" skit...hahaa..kalau tak percaya, cuba laa..selamat mencuba!!!!;))

No comments:

Post a Comment