Thursday 10 March 2016

Apa itu RPGT

:::RPGT:::

Smlm ber “whatsapp” dgn sorang kenalan lama. Katanya baru nak cuba berjinak2 dgn hartanah. Tersentuh la jugak pasal RPGT. Tetiba pagi ni tergerak hati nak semak berapa current RPGT tax kot2 la aku dok pakai nilai lama lagi haha!
Dan..Ya.. Mendukacitakan..huhu.. Bermula January 2014, RPGT adalah antara 15%-30%!

Ok, apa itu RPGT(Real Property Gain Tax) atau dalam bahasa melayunya CKHT(Cukai Keuntungan Harta Tanah)?

Ringkasnya - cukai yg dikenakan pada keuntungan hartanah yg dijual sebelum cukup tempoh matang. Haaa..jgn tak tau. Hartanah pun ada tempoh pramatang dan matang tau.hahaa.. Tempoh matang tu 5tahun lah. Maknanya kalau beli hartanah dan jual sebelum cukup tempoh 5tahun, kena RPGT. Kalau jual tahun ke 6, terselamat dr RPGT..

Macam mana nak kira tu??
Ok macam ni..
Semak charge RPGT dulu.
Bermula tahun 2014 :
30% - Hartanah di bawah tempoh 3 tahun
20% - Untuk tahun ke 4
15% - Untuk tahun ke 5
Tahun ke 6 bebas dah la (untuk individu/warganegara Malaysia). TAPI untuk syarikat dan non-citizen; 5%. Tahun ke 7 baru bebas.hehe.. Ni akak citer ni yg kat Malaysia ya. Klu nak jual rumah korang yg kat US nun, pi tanya Obama lah bape dia paww!haha..

Ok, CONTOH pengiraan RPGT :
Harga beli rumah tahun 2014 : RM300K
Harga nak jual tahun 2015 : RM350K.
So RPGT : 30% dr jumlah keuntungan (sebab rumah tu dibawah tempoh 3 tahun)
Harga jual - harga beli = Keuntungan
350k - 300k = 50k
RPGT = 30% x 50k = 15000
Maka RPGT yang kena bayar ialah RM15000.

Tetapi tahukah anda, RPGT boleh dikurangkan atau dilelak??

Hehee.. kalau post ni dapat sambutan, akak share info yg tu. Kalau tak dapat sambutan, korang tunggu la otai2 buat sharing session ke course ke pe nnt, korang pi dengar elok2. Tak rugi pi tadah ilmu.

Selamat membaca!
Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment