Thursday 26 November 2015

RUNDINGAN KOSONGKAN UNIT DGN PENGHUNI RUMAH LELONG


Rumah ini customer kami dapat dgn harga bida RM25K. Berpenghuni, sebuah keluarga india - ibu,anak lelaki dan anak perempuan yg kedua2nya baru tamat skolah. Ayah mereka menghilang entah ke mana.

Bila customer kami bersetuju utk membida unit ini, sblm bida lagi kami telah berurusan dgn aunty ni. Kami maklumkan rumah ini akan dilelong (wpun dia dah tahu) dan kami akan membidanya. Kami selidiki dulu ke mana hala perancangan aunty ini jika rumah ini berjaya kami bida kelak. Katanya ke rumah ayahnya di Seri Kembangan.

Setelah berjaya dibida,sekali lagi kami bertandang ke unit ini utk memaklumkan pada aunty tersebut. Kami nego supaya dia kosongkan unit jika tidak mahu menyewa dgn owner baru. Tapi aunty ni pun cerdik jugak. Dia tau kami masih tiada hak ke atas rumah tersebut sb blm buat full settlement. Ok kami bgtau tempoh utk buat full settlement ialah 3bln dr tarikh menang. Kami akan buat secepat mungkin, kemungkinan dalam bulan yg sama. Minta aunty buat perancangan utk berpindah.
Setelah full settlement di buat,kami bertandang lg ke rumah ini. Kami bgtau aunty yg rumah ini sudah menjadi hak mutlak customer kami memandangkan full settlement dah dibuat dan segala tunggakan telah dilangsaikan.

As expected,aunty mula "berbelit"..... tya pasal bayaran baki dr bank utk dia la, bgtau dia xde keje, soh tya anak itu ini mcm2.. sampaikan at 1 point.. aku x fhm langsung apa dia ckp. Haha..

Aku : tak faham aunty..sy x faham.. mcm ni, pasal bayaran bank ke apa ke tu sme bukan urusan sy aunty.. aunty bleh tya dan bincang dgn lawyer aunty. Yg sy tau,customer sy dah buat full settlement, dan skang dia nak masuk rumah ni. Sy dah bagi aunty masa lama utk aunty prepare. Adik sy dtg bgtau aunty sejak sblm kami beli rmh ni lagi. Lepas dah beli datang lg bgtau aunty. Skang aunty mintak tangguh lagi sampai end of month..tak boleh aunty. Takkan everytime sy dtg aunty mintak tangguh lg dan lagi.. buang masa sy aunty.

Dia ckp dia tak keje, xde duit.

Adik aku : aunty.. aunty sihat tubuh badan,kuat lg. Keje berlambak kat luar tu aunty. Kena cari keje la. Kalau aunty dok diam goyang kaki dlm rumah mcm ni mmg xde duit..

Aku : ok mcm ni aunty, sy mintak maaf byk2. Sy xnak cerita panjang lg. Sy bg masa sampai hujung minggu ni utk aunty angkut sme barang2 aunty dan kosongkan rumah ni. Hari ahad sy dtg, sy nak tgk rumah dah kosong. Kalau still ada barang pun sy akan kunci terus rumah ni. Aunty faham eh?

Selesai.

Dalam hati aku sebenarnya timbul rasa simpati.. hati aku x la sekeras batu tp kadang2.. antara hak dan simpati, hak lebih mengatasi. Customer nak beli rumah ni pun pakai duit.. duit tu pulak bukan dtg bergolek.. kumpul hasil dr keje keras sbg seorang pendidik,x cukup dgn gaji bulanan, buat part time berniaga kecil2an.. rumah tu dibeli hasil usaha keras dan titik peluh dia. Aku dah offer utk aunty ni sewa dr customer aku tu. Sewa kat situ sekitar RM400/mth.. tak nak. Habis tu takkan nak duduk rumah org free2. Org tu keje pagi petang siang malam,kumpul duit dpt la rumah lelong sebiji. Tapi kita nak duduk rmh org tak bayar 1 sen.. keje pun malas.. duduk goyang kaki dlm rumah.. salah siapa.. kita yg rs simpati ngn dia terpaksa pindah rumah bagai tp dia sdiri tak kesiankan diri sendiri. Tak nak usaha bina kehidupan lbh baik.haihh.. harap2 ini akan menjadi starting point untuk aunty ni lebih berusaha, cari kerja utk bina kehidupan yg lebih baik..

No comments:

Post a Comment