Friday 13 November 2015

Cara Pengiraan Debt Service Ratio (DSR)

Apa itu DSR?

DSR ialah antara elemen terpenting untuk menentukan sama ada loan boleh lulus atau tidak. Ada juga factor lain yang menentukan kelulusan loan ini namun kali ini saya nak fokuskan pada DSR.

Debt Service Ratio :
(Komitmen seperti di CCRIS + deduction existing loan on payslip + new instalment / Net Income) x 100%

Net Income :
Gaji kasar – potongan wajib seperti EPF, Socso, Income tax, dan Zakat

Contoh  :
Gaji Pokok – RM2000
EPF+ Income Tax (0 rasanya) + Socso + Zakat = RM300
Personal loan – RM200/bulan
New instalment = RM500
Net Income = 2000 – 300 = RM1700
Debt Service Ratio = (500+200/1700) * 100%
New Debt Service Ratio = 41.1%

Setiap bank mempunyai syarat Debt Service Ratio yang berbeza; cth Bank Simpanan Nasional , DSR adalah seperti berikut:

Gaji pokok lebih RM3K, DSR = Maximum 75%
Gaji pokok kurang RM3K , DSR = Maximum 60%
Untuk bank lain, most bank DSR = Minimum 40%
So, untuk contoh di atas, syarat DSR lepas.

Selain DSR, salah satu requirement lain bank letakkan ialah Cost Of Living. Untuk BSN, syarat cost of living diletakkan pada RM800 iaitu jumlah baki yang mesti ada selepas ditolak semua loan dan new instalment. Untuk kes di atas :

RM1700 – RM200 – RM500 = RM1,000 > RM800
Result : Meet 2nd requirement (Cost of living > RM800). Loan approve.

Tapi sekiranya new loan, installment bulanan adalah RM800
DSR = (800+200/1700) * 100% = 58.8% (Lepas DSR of max 60%)
Cost of living = 1700 – 200 – 800 = RM700 (Cost of living < RM800)
Result : Loan rejected even dah lepas syarat DSR. Doesn't meet 2nd requirement.

Harap dapat membantu dan memberikan anda sedikit idea bagaimana pengiraan untuk kelulusan loan dibuat. Pastikan anda rancang bajet dengan teliti terlebih dahulu sebelum membida unit lelong. Bimbang sekiranya menang tapi loan sangkut. Melayang deposit..nauzubillah..

No comments:

Post a Comment