Tuesday 3 November 2015

Beli Tanah Kena Bijak

Homework..homework..homework..



 Nak bid/beli tanah perlu lebih hati2 berbanding rumah. Sebab lebih tricky.. banyak "homework" and "investigation" kena buat..huhu..
Silap langkah,beli saja tapi hanya mampu hadap je tanah tu..nauzubillah..
...
Antara yg kena semak dan pastikan betul2 :

 1. Bank pemilik (klu lelong la..)
2. Geran hakmilik (bila penyerahan, bila daftar, ukuran, pemilik asal, status, syarat, sekatan2, etc)
3. Kedudukan dlm plan
4. Zoning


Selain semakan atas kertas td, kena buat site visit jugak bersama pakar(besenya juru ukur). Cek betul2 kedudukan geografinya mcm mana, sempadan kat mana, apa yg ada atas tanah tu, ada rumah org ke tak, ada binaan ke tak,saliran dan sbgnya. Kemudian tanya jugak penduduk sekitar (kalau kwsn sekitar berpenduduk la), usul tanah,pemilik asal,etc..

Final check - call lawyer dan pastikan segala maklumat adalah tepat (kalau lelong la..)
Selingan : teringat arwah nenek yg suka "mengumpul" tanah dan barang kemas. Zaman mereka tanah hanya serendah RM6000 dah dpt 3ekar. Tp nilai RM6000 zaman itu ibarat RM600K zaman sekarang. Keje kampung,tanam dan jual padi. Membanting tulang, masuk ceruk alam, jalan kaki dan bermotosikal,beli hartanah utk tinggalan anak cucu. Alhamdulillah rezeki si anak dan si cucu hasil titik peluh jerih perih si nenek..

Pesanan penaja : Ketahuilah.. membeli hartanah tidak semudah menjual atau menggadai. Membeli memerlukan keberanian, pengorbanan, usaha keras, penat lelah dan segala peluh keringat.. tapi menjual atau menggadai hanya memerlukan "kehendak" shj..
Eh eh terasa mcm banyak habuk plak kat sini. Masuk mata la!adehhh...

No comments:

Post a Comment