Tuesday 3 November 2015

HATI-HATI PENIPUAN HARTANAH!

2 hari lepas sy dihubungi seorang kenalan(wpun x pernah bersua muka tp kami dlm 1 badan NGO yg sama) dr sebuah negeri di utara tanah air. Kali pertama nak beli rumah. Sebuah unit banglo yg dilelong. Unit ini sudah beberapa kali dilelong tp masih belum ada yg membida.

Adik ni nak membida melalui ejen tp ejennya tidak menguruskan preparation sblm masuk auction. So segala urusan pre-check dan bank draft harus dibuat sdiri.Dia cl dan mintak bantuan sy. Sygnya kami x cover sampai utara. Melihatkan kepayahan dia nak uruskan bank draft, cari maklumat etc dlm keadaan serba x tahu itu, timbul pulak rasa kesian. Jd sy bg la khidmat consultation x berbayar tru phone.hehe..

Bank draft done. Masuk bab precheck unit dan conditionnya... rumah ok, tuan rumah pernah buat renovation dan masih tinggal di situ. Kena lelong sb masalah pembayaran loan bank. Ok faham.. masuk bab kaveat. Katanya pihak bank pun tya benda sama. Dia blurr.. "Kaveat tu apa?" .. sy terangkan pjg lebar apa itu kaveat dan advise utk pegi check lot tersebut di pejabat tanah. Kaveat biasa berlaku pada landed property. Ok confirm rumah xde kaveat. Ok settle part tu.. bleh masuk lelong.

Rupanya tlepas waktu lelong..lambat daftar. Please note klu lelongan di mahkamah pastikan timing anda tepat ya. Sudahnya berbincang dgn tuan rumah utk beli direct. Tuan rumah kata dah ada potential buyer sorg tp x de cash utk bayar 10% deposit. Tuan rumah nak jual dgn harga RM350K! So dia nak prepare RM35K cash utk bayar deposit pd tuan rumah. "DO NOT PAY ANYTHING BEFORE U APPOINT A LAWYER!" Trs sy bg arahan mcm tu.

Ok dia ikut arahan dgn baik. Dia tanyakan juga pihak bank dan kwn dia yg juga seorg lawyer di KL.Pihak bank ckp, property tersebut milik bank bukan milik owner. Sb itu ia dilelong. Tak boleh beli dr owner. Kecuali owner tu sambung bayaran hutang pada bank. Kemudian katanya, owner tersebut telah menghubungi pegawai bank dan perkara itu telah diselesaikan. Boleh proceed jual beli. Tya pandangan sy, sy tetap bgtau benda yg sama. DO NOT PAY ANYTHING B4 U APPOINT A LAWYER!"

Pesanan penaja :
Rumah yg dilelong maknanya rumah tersebut sudah menjadi harta bank. Owner tiada hak lg utk jual beli. Kecuali owner sambung buat pembayaran hutang bank. Namun,jika pembelian property dari owner yg masih berhutang dgn bank,harus diselesaikan baki bayaran dgn bank terlebih dahulu. Baki selebihnya baru masuk kepada owner. TETAPI..segala bentuk pembayaran dan sbgnya haruslah dibuat melalui lawyer. Sekiranya kita ingin menggunakan loan sekali pun, bank akan melantik lawyer sdiri yg kemudian akan berurusan dgn lawyer kita utk settlekan hutang owner dahulu sblm selebihnya dibayar kpd owner. Cth harga rumah RM350K, owner masih berhutang dgn bank RM300K. So bayaran 300k akan masuk kepada bank dan baki 50k kepada owner. BUT AS I SAID EARLIER..semuanya harus melalui lawyer. Kenapa? Supaya :
1- tak tertipu;
2- ada back up hitam putih;
3- tak tercicir sebarang prosedur;
4-lawyer dan guamannya sdiri adalah saksi jika berlaku apa2 masalah dan sbgnya.

P/s : Jika berurusan jual beli tanah atau rumah, jgn nampakkan kita terlalu terdesak nak beli. Senang kena umpan nnt. Sy kongsikan cerita ini supaya ia bermanfaat kpd sesiapa yg ingin membeli property. Nak beli boleh.. tp hati2. Barang mahal.. bukan seringgit dua.

No comments:

Post a Comment