Friday 6 November 2015

Our 9th Property : Tiara Parkhomes Condominium



Our 9th property to be iAllah..
Tiara Parkhomes Condominium
Skali skala hunting for high-end..
Rental market kat sini pun agak ok skang ni. Dalam RM1300-RM1800 sebulan. Year 2017 siap MRT, 10mins drive from here. Then siap lg water themepark kat bangi, around 20mins from here, lebih boost value nnt.

 
Ini rumah ke 2 dan hartanah ke 3 yg harga ratusan ribu kami beli. Hartanah pertama adalah rumah pertama kami; double storey terrace di Gombak berdekatan UIA.
Beli pada tahun 2008, lbh krg setahun selepas bekerja. Yg kedua adalah tanah berkeluasan 7054sqft di gombak, juga berdekatan UIA. Rumah ke 2, 3, 4, 5 dan 6 kami beli lelongan yg murah2 saja. Yg cukup dgn duit kami utk bayar cash atau tidak perlu membuat pinjaman bank. Yg ke 7 sebidang tanah berkeluasan 6222sqft di Kelantan. Murah, juga dibeli cash. Yg ke 8, apartment yg dibeli lelongan murah2 di Shah Alam. Dan ini yg ke 9 iAllah.

Dulu kami bekerja keras kumpul duit utk beli hartanah dan dalam masa yg sama membayar ansuran bank. Dpt bonus,ada duit lebih sket kami terus beli lelong unit2 yg murah di kwsn yg masih terpinggir di sekitar selangor. Sewakan dan dapatla tampung ansuran bank. Hasil sewa yg kami beli secara cash pula kami simpan dlm satu akaun simpanan tak berusik. Bila capai amount tertentu, kami beli lagi hartanah lain. Begitulah seterusnya. Jika dulu kami yg bekerja mencari duit utk labur dan beli hartanah,sekarang hartanah itu sendiri yg "bekerja" dan "membiakkan" aset dan pelaburan kami.

Pendapatan kami pd awal bekerja dulu sama saja seperti graduan lepasan universiti yg lain. Kami cuma berjimat dan aturkan perbelanjaan kami sebaik mungkin. Beli hanya yg menjadi keperluan shj. Sampaikan org lain semua dah ber"whatsapp", kami masih ber"message" sb fon kami tak "smart"..huhu.. nokia biasa shj. Yg penting bateri tahan lama. Seminggu sekali je charge. Kemudian pastikan ada simpanan setiap bulan wpun sedikit. Namun, bahagian ibubapa dan "orang lain" jgn dilupakan. Itu "sumber" rezeki kita sebenarnya.

Dalam pelaburan hartanah pula, kami tak terus memilih enggang. Kami bermula dgn pipit shj. Memberanikan diri mengambil risiko dgn menggunakan kesemua simpanan yg ada utk beli rumah lelong pertama berharga 29k. Alhamdulillah lbh kurang 2bln selepas itu,rumah itu terus "bekerja" utk penuhkan kembali akaun simpanan kami. Begitu seterusnya. Sehingga sekarang,kami masih kekalkan amalan menyimpan sebahagian pendapatan bulanan samada gaji atau perolehan perniagaan di samping tidak menggunakan hasil sewaan hartanah sewenang2nya.

Semua orang mampu melakukannya cuma terpulang atas kehendak dan kesanggupan diri. Sesuatu yg besar tidak hadir dgn usaha yg kecil. Sebaliknya memerlukan pengorbanan, kerja keras dan keberanian yg tinggi utk merealisasikannya. Semoga bermanfaat.

‪#‎ALLAHNO1

No comments:

Post a Comment