Wednesday 11 November 2015

Tips Pelaburan Hartanah

Alhamdulillah rezeki Allah..pada usia 32tahun, saya dan suami memiliki aset bernilai hampir 2juta. Namun kami sedar, apa yang kami miliki semuanya adalah milik Allah swt. Tiada apa pun yang menjadi hak mutlak kami. Ada pelabur hartanah yang memiliki aset puluhan, ratusan atau jauh lebih banyak dari angka ini. Alhamdulillah, rezeki mereka. Kenapa kita perlu kepada kesenangan dan kejayaan? Sebagai orang Islam, kita inginkan kejayaan dan kesenangan bukanlah semata2 untuk memiliki harta dan keseronokan. Sebaliknya kita berjuang dengan segala kemahiran dan ilmu dalam sesuatu bidang untuk mencipta kemewahan adalah supaya kita lebih banyak dapat membantu, bersedekah, memberi dan berkongsi rezeki dengan saudara Islam kita yang lebih memerlukan. Jika tidak kita, siapa lagi?

Saya dan suami bukan dilahirkan dalam keluarga ahli korporat yang kaya raya. Kami dari keluarga sederhana sahaja. Pada awal bekerja juga, gaji kami sama saja seperti graduan lepasan universiti yang lain. Kami cuma berjimat dan mengaturkan perbelanjaan kami sebaik mungkin. Tips2 mengaturkan perbelanjaan ini kami boleh kongsikan dalam siri BizTalk yang lain. Rumah pertama kami adalah double-storey terrace di Gombak berdekatan UIA yang dibeli pada tahun 2008; iaitu setahun selepas bekerja. Setahun kemudian, kami beli rumah ke dua iaitu rumah lelong pertama kami di Puchong. Seterusnya ke 3,4,5,6,7,8 dan 9..  Dari 9 itu, 7 adalah rumah, 2 adalah tanah. 3 dibeli secara subsales, 6 secara lelong.

Berikut adalah nilai pelaburan dan (nilai aset semasa) yang kami miliki :

Nilai pelaburan = RM1,167,000.00
Nilai aset semasa = RM1,828,000.00
 
Kesemua aset di atas disewakan (kecuali unit yang saya diami di Kajang) dengan hasil purata bulanan bagi keseluruhan aset berjumlah RM6050/month. Setahun bersamaan RM72600. Ini adalah passive income hasil dari sewaan hartanah sahaja. Dari 9 di atas, hanya 3 yang masih mempunyai baki pinjaman yang dibayar secara ansuran bulanan.

Anda mungkin memperolehi banyak tips2 pelaburan hartanah dari otai2 hartanah yang berpengalaman. Namun apa yang saya nak kongsikan di sini adalah kriteria2 dan tips pemilihan hartanah untuk dijadikan aset bernilai serta pelaburan berbaloi yang saya guna pakai berdasarkan pengalaman sendiri.

Satu persoalan...

Bagaimana pelabur hartanah jutawan dapat membuat penilaian yang tepat ketika mereka hendak melabur dalam sesebuah kawasan perumahan atau pun hartanah yang baru mahupun bukan?
Secara umumnya, pelaburan hartanah yang bernilai tinggi walaupun pada mulanya mungkin sebuah kawasan perumahan baru atau terpinggir, namun disebabkan beberapa kriteria yang membuatkan hartanah tersebut menjadi sangat bernilai adalah...

1# Kemudahan Pusat Beli Belah
Rumah yang bakal anda beli mempunyai kemudahan pusat beli belah yang berhampiran. Bukan sahaja rumah anda akan bernilai tinggi, malah harga sewa juga tinggi kerana rumah yang terletak berdekatan pusat membeli belah seperti Jusco, Tesco dan sebagainya, memudahkan penyewa anda membeli barang keperluan harian. Selain itu, propek penyewa anda mungkin juga datang dari kalangan pekerja2 pusat membeli belah tersebut.

2# Berdekatan minimum dua booster hartanah seperti MRT / LRT, bangunan pejabat, lebuhraya dan institut pengajian (universiti atau sekolah).
MRT / LRT.. Majoriti rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan kemudahan pengankutan awam ini untuk ke tempat kerja. Mereka tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas di waktu puncak dan tentunya lebih menjimatkan dari segi penggunaan petrol kenderaan. 
 
Bangunan pejabat menjadi lokasi tempat kerja untuk ramai orang, sekaligus meningkatkan permintaan hartanah di kawasan tersebut. MNC yang dibuka di bangunan pejabat tersebut membawa penyewa yang mampu membayar sewa yang lebih premium.
 
Kemudahan lebuhraya pula menambahkan akses ke kawasan tersebut. Universiti membawa banyak pelajar ke kawasan tersebut manakala sekolah menarik minat keluarga yang mempunyai anak2 sekolah untuk menetap di kawasan tersebut supaya senang dan dekat untuk anak mereka berulang-alik ke sekolah.Selain itu, tenaga pengajar seperti guru dan pensyarah juga pastinya akan mengintai peluang untuk menetap atau menyewa di kawasan tersebut.
 
3# Beli hartanah yang murah dalam kawasan yang mahal, kecuali perumahan kos rendah. 
Ada beberapa cara untuk membeli hartanah murah di kawasan yang mahal. Salah satunya ialah lelong. Pastikan bajet maximum anda bid adalah lebih rendah dari harga pasaran semasa. Jika anda beli secara subsales pula, pastikan anda beli dari owner yang boleh menawarkan dengan harga di bawah harga pasaran. Ini mungkin agak sukar namun anda boleh buat perbandingan purata harga  hartanah di kawasan tersebut terlebih dahulu dan belilah yang berharga paling rendah.

4# Harga di bawah pasaran atau lelong
Sudah tentu anda akan dapat keuntungan jika anda beli di bawah pasaran. Donald Trump selalu sebut, hartanah anda mendapat keuntungan ialah ketika anda membuat transaksi pembelian pada suatu ketika. Jadi cari hartanah di bawah harga pasaran.

Bagi sesetengah pelabur hartanah, mereka menggunakan strategi "tangkap lelong" dengan membida hartanah yang jauh lebih murah dari harga pasaran semasa. Hartanah lelong berada di mana2 shj dan walaupun di kawasan elit/mahal, hartanah lelong tetap dilelong dengan harga di bawah harga pasaran. Selain dari lelong, ada beberapa lagi cara untuk dapatkan hartanah dengan harga murah. Ini mungkin boleh dikongsikan dalam siri BizTalk yang akan kami adakan kemudian.

5# Berhampiran masjid/surau, kedai2 runcit dan taman permainan
Rata-rata pembeli rumah berbangsa Melayu, mereka lebih gemar untuk membeli atau menyewakan rumah yang berhampiran dengan taman permainan,kedai runcit dan juga masjid/surau. Ini kerana mereka lebih gemar persekitaran yang child friendly di mana anak-anak mereka boleh bermain di kawasan berdekatan dengan rumah. Manakala bagi ibu bapa pula, rumah berdekatan dengan kedai runcit, surau atau masjid sudah semestinya satu bonus untuk memudahkan mereka mendapatkan barang2 dapur serta berulang-alik solat berjemaah. Selain itu, kebiasaanya kawasan yang berdekatan dengan surau atau masjid ini dikatakan sebagai kawasan yang "hidup".  Bagi anda yang gemar untuk menyewakan rumah anda, carilah peluang peluang rumah yang menawarkan lokasi rumah berdekatan dengan taman permainan,kedai runcit, masjid dan surau.

6# Cari hartanah yang mempunyai potensi sewa yang bagus dan potensi kenaikan nilai yang tinggi
Contoh, rumah kos rendah di kawasan bagus mempunyai potensi kadar sewa yang bagus tetapi tidak pada potensi kenaikan nilai kerana hanya mereka yang berada di bawah paras pendapatan tertentu sahaja boleh membeli hartanah ini.
 
7# Sekiranya ingin melabur dalam hartanah baru nak develop/under construction, pastikan anda lihat pada track record pemaju tersebut terlebih dahulu
 
8# Harga hartanah berada dalam kategori mampu milik.
 
However, on top of all...
You have to have courage!
Saya petik kata2 pelabur hartanah terkemuka; Donald Trump.
 
-"Sometimes your best investments are the ones you don't make"
-"I like thinking big. If you're going to be thinking anything, you might as well think big"
-"Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don't just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won't happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you'll love it up here."

No comments:

Post a Comment