Friday 16 October 2015

Our 5th Property : Teratai Apartment

 


Our 5th property.. renovation and cleaning in progress. IAllah akan disewakan bulan sept. RM400/mth. Teratai Apartment, Bukit Beruntung,Rawang.

Beginilah rutin setiap kali selepas kami berjaya membida sesebuah rumah. Mmg rumah lelong percentage amat tipis utk dpt rumah cantik ibarat selepas menerima kunci rumah dari developer. Selalunya rumah dah "berkarat",penuh sampah,terbiar dan kotor. Kalau bernasib baik,meter api air masih ada dan wiringnya pun ok. Kalau tak mmg kena buat balik sme. Tapi kosnya ttp affordable.
Terima kasih kerana ramai yg sudi membuka mata dan membaca perkongsian pelaburan hartanah yg sy post sblm2 ini. Sy menerima banyak feedback positive dr rakan2 semua. Alhamdulillah ada yg ingin mencuba. Namun di celah2 yg menyapa itu, ada juga yg seakan "menyerang" sy. Tak mengapa.. cuma terasa ingin betulkan sikit persepsi bangsa sy yg seakan terbawak2 jd darah daging..

"Laki ko gaji besar xpe la nak beli berderet rumah pun.."
"Ko gaji masyukk boleh la nak ckp beli cash pun.."
"Ala ko senang wat loan..income byk.."
"Laki ko keje overc mesti masyukk pya..stakat rumah lelong apa sgt.."

Sy mmg boleh agak akan ada tanggapan2 sebegini.
Baiklah.. sy bermula dr bawah. Rumah lelong pertama yg sy beli ialah pd tahun 2009 - ruvenna villa,putra perdana dgn harga rm29k. Pendapatan bulanan ms tu mmg x dinafikan >6k/mth.. tp gaji sebanyak tu br bermula pd thn yg sama dan masa tu sy baru 3thn bekerja. So sy xde simpanan sebanyak RM29K. Sy tak buat loan bank dan sy bukan jenis meminta2 dari suami. Bukan sombong atau ego tp mgkin didikan dari kecik.

Anak sulung dari 5org adik beradik,dibesarkan dlm keluarga sederhana. Ayah sy guru, ibu sy kerani. Sy x dilimpahkan dgn kemewahan. Jauh sekali utk diikutkan kehendak hati. Pernah ayah sy tunjukkan buku perbelanjaannya. Rupanya dicatit segala wang keluar dr gaji yg diterimanya. Timbul rs bersalah.. Sejak dr itu sy tidak lg meminta itu dan ini kecuali keperluan belajar.. tabiat ini yg terbawak2 sampai dewasa. Kalau nakkan sesuatu,sy akan usahakan sdiri hatta sudah bersuami pun sy ttp segan utk meminta2 wpun sy ada hak dan suami mampu utk sediakan. Duit bulanan suami nak bagi pun sy tolak pd waktu tu. Sy lbh suka dia menyimpan for raining days(tp skang dia pun dah meyimpan dlm bentuk property..kikiki).. utk sy, pendapatan sy sudah cukup menampung keperluan sy. Im not a "prada" lady .. cukuplah dia belikan brg keperluan dapur, anak2, bayar bil2 etc.. so dari mana sy dapatkan duit utk bayar cash rumah tersebut?

Sy pinjam dari mak. Nak pinjam dr suami,segan. Kalau sy nak beli apa2 sekali pun utk diri sdiri ,kalau dia tak offer,mmg sy segan nak mintak2. Klu dia offer pun berkali2 sy tanya "tak pe ke ni?" (Tlg jgn gelak. Aku pun xtau nape aku mcm tu!) Sy ckp kat mak, sy akan buat 3 atau 4 kali bayar. Sy ada simpanan sket sb tiap2 bulan sy akan ketepikan RM3K dr gaji ke akaun lain yg x diusik. Alhamdulillah lepas lbh krg 4bln,sme hutang selesai. Tu cara yg sy pakai masa tu Ada lg cara lain utk beli cash dan elak buat loan. Tapi kalau anda kena guna loan jugak, pun tak salah. Tak rugi pun.. bayar bulan2 tp property tu kita punya.

Sedikit buah fikiran yg mungkin sy boleh kongsikan. Sebenarnya sikit atau banyak income kita.. klu cuai berbelanja.. kita akan ttp "miskin". Petani pun kalau rajin usaha dan pandai uruskan kewangan, tetap mampu memiliki sebidang tanah. Tak salah mendongak ke langit asal tak lupa rumput dan pokok di bawah. Sb nak sampai ke langit pun klu tak memanjat atau belajar utk terbang.. maka akan tetap la di bawah smile emoticon jgn takut utk beli aset. Tak mampu beli yg mahal,beli yg murah pun xpe. Bermula dr bawah tak semestinya lambat naik. Cuma perlu tau cara saja. Kemudian cuba dan usaha. Selebihnya tawakkal..

Pesanan penaja : besar atau kecik gaji kita,sikit atau banyak yg kita dapat.. jgn lupa :
1. Pastikan ada bahagian utk ibu/ayah di kg
2. Selalu bersedekah atau berinfaq. Tak mampu byk,sikit pun xpe
3. Sentiasa rendahkan hati dan sujud pd Pencipta. Semua rezeki, Allah yg bagi. Semua milik Allah.

IAllah kita boleh berkongsi tips n tricks pilih, bida dan bayar property. Sme kena ada strategy.. cuma jgn sampai terlambat je. Harga rumah atau tanah sentiasa naik smile emoticon Kalau teringin nak cuba bid, pm me! smile emoticon
 

No comments:

Post a Comment