Sunday 18 October 2015

Rumah Lelong : "Lubuk Emas" Yang Tertimbus

Beli rumah lelong tak semua indah2 belaka. Mostly yg lunyai,rosak,berlumut,buruk,kotor dan mcm2 lg. Mgkin posting sy sblm ni asyik nampak rumah yg dah dicat dan dikemas cantik je kan? Tahukah anda keadaan asal sblm menang bida??hehee...

Lihat gambar2 di bawah.. pada pandangan mata orang ramai, rumah tersebut adalah "sampah" yg tak bernilai. Tunggu masa nak dilupuskan. Tapi pada pandangan sy(dan sy percaya pandangan pemain property juga sama), ia adalah "lubuk emas" yg tertimbus. Lihat saja hasilnya setelah kami menukar "wajahnya".. cantik dan menjadi rebutan penyewa smile emoticon bukan setakat penyewa luar..malah turut mendapat perhatian penyewa2 yg sememangnya telah menyewa di kawasan tersebut. Selalunya setiap kali melakukan kerja2 kemasan dan pengubahsuaian rmh lelong yg kami beli,pasti ada penyewa dan penduduk sekitar yg dtg bertanyakan rumah kami.

"Cik nak duduk sendiri ke nak sewakan?"

"Kalau nak sewakan bgtau sy ya. Kakak ipar sy nak pindah duduk area sini jugak. Tgh cari rumah"

"Cantik rumah. Kalau nak sewakan, sy nak pindah sewa rumah cik la."

Tu antara perbualan2 lazim penduduk sekitar dgn kami..hehe.. Seperti yg saya pernah katakan, setiap penyewa mempunyai kriteria sendiri utk menyewa sesebuah rumah. Yg penting kita tau mcm mana untuk menarik perhatian dan minat penyewa,tau mcm mana,siapa dan kat mana nak cari prospek penyewa.

Pesanan penaja : Yakin dgn apa yg kita lakukan dan niatkan juga sebagai satu ibadah. Rezeki ni hak Allah.. kalau kita pemilik sebuah pulau sekalipun, kalau Allah tidak anugerahkan pada kita hasil dr pulau tersebut,maka tetaplah bukan rezeki kita. Dan kalau kita pemilik emas setinggi bukit pun tp kalau itu menjadi penyebab utk kita jadi semakin sombong,bakhil dan jauh dari Allah swt.. maka segala harta kemewahan tersebut tidak bernilai walau sebesar zarah.. Remember, rezeki tidak datang bersendirian. Ia datang bersama ujian. Jadikan rezeki itu sebagai pendorong utk kita terus membuat kebaikan dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kpd Allah swt.





 

No comments:

Post a Comment